Tuesday, December 11, 2012

Warkah Buat Diari Cintaku...

Assalamualaikum...


setelah sekian lama menyepi. hati aku bersuara kini. ada sesuatu yang ingin aku sampaikan. walau aku tak pasti apakah kau memerhati.

kamu yang jauh di mata dekat di hati,
takdir ini yang tertulis untuk kita. kita sama2 telah berusaha mempertahankannya tapi setakat ini yang termampu. ada yang berkata, biar digenggam sekuat mana, andai bukan jodoh, pasti terlepas juga. ini yang berlaku pada kita kan? sedih? hanya Allah yang tahu.

kamu yang jauh di mata dekat di hati,
dalam Al-Quran sudah tertulis, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. aku yakin pasti ada yang lebih baik telah Allah tetapkan untukmu. dan orang itu bukanlah aku.

kamu yang jauh di mata dekat di hati,
redhalah dengan jalan ini. aku doakan kamu temukan cinta yang sejati. kenangan bersama akan terus bersemadi dalam hati ini. mungkin aku perlukan masa untuk hapuskan cinta ini tapi fikiran aku takkan pernah hilangkan ingatan tentangmu. akhir kalam, kenang aku di dalam doamu.

pernah dulu ku fikirkan
tanpa cinta tak mengapa
bila kau pergi
ku rasakan sunyinya di hati
baru kini ku tahu nilai cintamu

ku renungi gambarmu
ku baca surat suratmu
namun pedihnya ku rasakan
tanpa kau bersama
ku harap dikau pun begitu jua

No comments:

Post a Comment