Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap di hatiku,
meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindui kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku...
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada Ilahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat ku...
Cintaku,
Di lubuk hati ini ingin ku katakan kepadamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu,
Alangkah indahnya jika kau di sisiku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu...
** cinta tidak semestinya saling memiliki :)
No comments:
Post a Comment